assalamualaikum~
motivasi diri... :)
semoga ia bermanfaat untuk semua...
"Ustaz,
saya dulu hafiz al-Quran. Dulu, solat ini memang saya tidak tinggal.
Saya semakin hanyut dengan dunia. Sekarang, saya sudah tidak solat.
Saya ingin berubah. Masih adakah sinar untuk saya?"
Ustaz
N memandang telefon bimbit Masjid Kuning Kota Damansara. Bagus masjid
ni. Ada segmen Tanyalah Ustaz. Sesiapa jemaah yang ingin bertanya,
boleh menghantarkan SMS.
"Masih ada sinar" Ustaz N menjawab pendek.
Jemaah
mengangguk. Kebanyakannya faham sifat al-Ghafur Allah. Jemaah di situ
memang boleh letak belakang nama mereka dengan Ahmad atau Abu
al-Damansari. Berlumba-lumba duduk di dalam taman-taman Syurga
ilmu.Marvellous!
Ustaz
N menyambung, "Kembalilah kepada Allah, nak. Allah menciptakan rahmat
sebelum menciptakan murka. Pintu taubat terbuka luas. Sibukkan diri
dengan kebaikan. Jika anda jatuh, maknanya, masa anda masih banyak yang
belum diisi dengan kebaikan."
"Terima kasih, Ustaz. Macam mana nak jadi baik? Apa langkah pertama untuk saya berubah selepas bertaubat?"
"SMS masuk, Pak" Telefon Bimbit Tanyalah Ustaz berbunyi lagi.
Ustaz
N tersenyum. "Pernah tidak dengar kisah Abu Hurairah r.a. bertanya
kepada baginda Rasulullah s.a.w. tentang seorang yang solat tetapi
masih mencuri?"
Jemaah
terlopong. Sah, tak dapat nak recall. Ini yang pentingnya hadir di
ceramah-ceramah dan kuliah. Dapat peringatan, dapat refresh ilmu, dapat
kesedaran. Dapat macam-macam. Best!
Ustaz
N menarik nafas dan berkata, "Abu Hurairah r.a. bertanya bagaimanakah
orang yang sedemikian? Rasulullah menegaskan, solat orang itu lambat
laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri."
Jemaah mengiyakan. Mereka teringat firman Allah s.w.t bahawa solat akan mencegah perkara keji dan mungkar.
"Maksud
baginda Rasulullah s.a.w. dengan memperbaiki dan meningkatkan mutu
solat, dari segi rukun qauli (percakapan), rukun fi'li (perbuatan) dan
rukun qalbi (rasa hati), lambat laun solat akan berjaya menjadi benteng
kepada amalan keji dan mungkar."
Jemaah berpandangan sesama sendiri. Mereka tersenyum dan mengangguk.
"Kesimpulannya,
nak jadi baik memang lambat. Nak membina memerlukan masa. Nak meruntuh
sekelip mata. Teruskan bermujahadah untuk istiqamah. Tutup ruang-ruang
untuk melakukan kemaksiatan. Isi kehidupan dengan kebaikan. Berkawan
dengan kawan-kawan yang baik. Usaha dan terus usaha. Insya-Allah, Allah
akan mengampunkan dosa-dosa kita."
Dalam jemaah itu, seorang anak muda tunduk. Matanya berkaca. Dia berbisik:
Ya Allah, dosaku menggunung tinggi, tapi rahmat-Mu melangit luas. Ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat.
sekian :)
No comments:
Post a Comment