assalamualaikum~
Okay, dah malam2 pon gedik nak post something. hahaha
(suka aku la nak post bila2 ponn)
haha ;D
Sebenarnya, aku tak tau pon nak start cite nih cmne. tapi aku cerita jelahhh~
biarlah terabur jalan cerita pon, asal aku nak cerita jgk. ahaha
hihihi
haihh aku nihh... macam ni ceritanya, aku pelik dengan orang sekarang ni, maksud aku kenapa kebanyakan
kawan-kawan sebaya dengan aku seronok enjoy tapi hakikatnya bukan ade duit
sangat. kannnnnn ;D
alah, tak payah tipu laaa kalau korang tak suke enjoy, sebab aku pon suke jugak.
hihihiihi
menjadi persoalan di sini kenapa orang muda sekarang tak berani mengambil langkah awal untuk persediaan hidup akan datang yang semakin mencabar.
kenapa tak sanggup korbankan masa semasa muda sebelum kita tua??
kenapa nak senang masa muda dan susah masa tua?
ceh ceh ceh,, maksud aku, cuba mencipta dan membina serta merancang Plan B untuk masa depan masing-masing. yelahhh, ikut fakta di Malaysia, gaji RM3000 ke bawah dah dianggap miskin kota maaa...
tahun 2015 nanti tak mustahil gaji RM3000 akan dianggap miskin tegar.
kita kena sedar, negara kita sekarang semakin maju, tapi kadar upah pekerja tetap sama, mungkin ade peningkatan sedikit, tapi saya ulang yeee, SEDIKIT!
Mampu ke kita nak hidup??
kalau hidup sendiri mungkin mampu, tapi kita ada mak ayah yang memerlukan kita, BAKAL mertua kita lagi....orang yang memerlukan lagi...
hihihihihiii *gatal
Tapi aku tak ramai kawan yang sebaya aku yang dah mampu buka minda dorang. aku pon masih tertanya2 bila minda aku ni dikira minda kelas pertama ye agak2??
belajar tentang kehidupan sebenar lebih bermakna daripada belajar pergi kelas,tapi tidooo. hahahahaha
Actually, perniagaan lah satu cara yang terbaik untuk kita buat plan B masing2.
plan A kita adalah belajar sampai dapat sijil dan ilmu yang boleh dimanfaatkan~ huuu tak sabarrr nak graduate. ;D
Sebenarnya, tak kisah laa korang tak minat bisnes ke ape, but bila dipupuk, lama-lama akan minat jugak.
ak cop jempol lahhh.
lagi kalau muda2 lagi, korang dah berjaya buat duit sendiri, tak payah harap mak ayah lagi, kan bagus,
belajar tetap belajar, tapi apa salahnya berani mengambil peluang yang dah terbuka didepan mata,
jika kita pandang risiko jeee, sampai tua laaa korang tak kemana.
even, aku sendiri pon masih belajar mendalami ilmu perniagaan.
dulu, sumpah ak tak suka bisnes. haihhh, korang tau tak, bisnes ni penat, dan banyak perlu korbankan masa
dan tenaga. ingat senang ke...tapi kalau kita konsisten dan hiraukan sesiapa yang suka perli2 tu, insyaallah, Allah akan permudahkan jalan kita. ;)
macam CEO aljabbar lah, dia cakap orang melayu ni suka tarik seluar kawan dia bila tengok kawan dia baru nak melangkah, patutnya, kita patut pakaikan seluar tu dan ikat tali pinggang bagi tak londeh.
moral of the story, kita perlulah sokong kawan2 kita yang baru nak melangkah
dengan ikhlas...janganlah dok perli2~
bersatu teguh, bercerai roboh maaaa...............
Quote : nilai dan hargailah peluang itu sebaik-baiknya kerana peluang yang besar itu hanya datang tanpa kita sedari, dan ia boleh pergi tanpa kita sedari.
HAMKA~