Assalamualaikum~
Jom baca dan amalkan bersama semoga kita boleh mendapat manfaat dan keberkatan bersama 

1. Jangan
sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka, syaitan sangat
kasih orang yang begini. Kalau tertidur lain cerita.
2. Jangan masuk
ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau
terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Kata ulama, kuman
dari dalam tandas akan mengikut kaki kita semasa keluar dari tandas.
Kata orang tua2, masuk tandas tanpa alas kaki mewarisi kepapaan.
3. Jangan makan
dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia
membahayakan. Orang tua-tua berpesan minum atau makan pada bekas
retak/sumbing membawa malang.
4. Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan
mewarisi kepapaan. Bekas makanan yang dibiarkan bermalam, membawa
penyakit.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana keluar kerja berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6. Jangan tidur
selepas solat asar atau pada waktu asar. Makruh dan mewarisi gila /
penyakit mental. Kalau tak kena pada diri kita, ia akan kena pada anak
atau cucu kita pula.
7. Jangan tidur
selepas solat maghrib atau pada waktu maghrib. Mudah dirasuk syaitan
dan mudah terkena sakit belakang dan sakit kepala.
8. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
9. Jangan makan makanan laut bersama makanan darat serentak. Bahaya pada perut dan toksin di dalam badan.
10. Jangan
keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, atau keluar tanpa
tujuan yang baik. Takut-takut kita mati dalam perjalanan, tidak dapat
pahala. Tuhan pun tidak redha pada kita.
11. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau sebelah kaki saja berkasut. Makruh dan mewarisi kepapaan.
12. Jangan
biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Bahaya berbuat begitu semasa memandu, mudah berlanggar atau terbabas.
Kalau naik helikopter pun, mudah terbabas agaknya..
13. Jangan
bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. Punca hati
jadi tidak tenteram. Punca orang yang solat tidak pernah khusyuk.
14. Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa, kerana malaikat maut tidak menunggu kita bertaubat baru nak ditarik nyawa.
15. Jangan ego
untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita
bersalah. Tuhan suka orang yang merendah diri. Orang yang meminta maaf
tidak pernah rugi di akhirat.
16. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.
17. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apaaila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
18. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita, menolak bala bencana.
19. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Banyak gelak lambang kelalaian. Banyak gelak juga menggelapkan hati.
20. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
21. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
22. Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan
hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Hidup di dunia ini amat
pendek & tidak perlu disusahkan hati olehnya.
23. Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN… Sebab semuanya untuk
keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba
ciptaan-Nya. Sepandai-pandai kita, tetap jahil juga dengan hikmah
kejadian makhluk Allah.
24. Jangan
banyak bersoal tentang dalil, hujah, asbab, atau meminta perician
sesuatu hukum atau perkara, ia punca Bani Israel mendapat susah dan
akhirnya dimurkai Allah. Terima seadanya dan bertanya yang perlu saja.
Iaitu yang dapat membawa kita lebih dekat dengan pencipta, bukan yang
menambah ego diri sendiri.
25. Jangan tak baca artikel ini dan ambil ikhtibar dari artikel ini. Hehe...
p/s : Jangan lupa share kat kawan facebook semua
p/s : Jangan lupa share kat kawan facebook semua

No comments:
Post a Comment