Assalamualaikum~
PUASA SUNAT (ISNIN DAN KHAMIS)
Apakah dalilnya disunatkan berpuasa hari Isnin dan Khamis?
Pertama;
diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa;
“Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis”
(Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).
Kedua;
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda;
“Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa”
(Riwayat Imam Tirmizi).
Ketiga;
Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab;
“Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku”
(Hadis riwayat Imam Muslim).
KELEBIHAN:
1. Latihan jiwa hasil
daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia
dekat kepada Allah,doanya mudah diperkenankan. Sebab itulah orang yang berpuasa
digalakkan untuk banyak berdoa.
2. Ibadat puasa bukan sahaja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spiritual melalui sifat ikhlas.
3.Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah SWT. Dengan ini puasa menanam sifat jujur dan ikhlas dalam diri sendiri dan kepada Allah.
4.Di samping puasa wajib kita juga dianjurkan berjinak-jinak dengan puasa sunat lebih-lebih lagi puasa di bulan Rejab dan Syaaban yang banyak sekali kelebihannya di samping dapat membantu meningkatkan kekuatan dan persediaan dalaman sebelum tibanya puasa wajib di bulan Ramadhan.

P/S: Saya harap selepas kalian semua sudah membacanya,mudah-mudahan kita dapat melakukan puasa sunat walaupun sehari pon....
SEKIAN~
No comments:
Post a Comment